Wednesday 12 November 2008

BUKA MINDA

Assalamualaikum semua warga blogger....

Dunia ini semakin lama semakin terbalik. Kalau dulu kita membaca huruf ABC bermula kita baca dengan huruf A. Namun kini kita membaca bermula dengan pelbagai huruf. Contohnya kalau kita belajar Java Script. Bukan ker kita bermula dengan justify cimos atau ctos.

Disini kita bukan berkata tentang cara bacaan ataupun java tetapi kita bercakap keperluan pendidikan yang semakin terbalik. Dahulu murid, ibubapa dan masyarakat menghormati guru tetapi kini guru terpaksa menghormati dan parahnya murid yang mengajar cikgu.

Kita lihat sekarang ni, murid dan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi dengan masalah sosial yang tinggi, jenayah, isu derhaka dan banyak lagi. Adakah ini kesilapan guru mengajar. Ataupun didikan ibubapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. Ataupun campurtangan politik atasan menyebabkan pengajaran guru secara semulajadi tida dapat dilaksananakan dengan baik.

Isu pelajar memukul guru dan isu tayangan "drama kematian" . Kita lihat isu-isu yang melibatkan perguruan tiada jalan penyelesaian tetapi membebankan batin guru yang mana tugasnya mendidik dan mengajar....

Jadi renung-renungkan...Ajarlah anak mengikut lunas islam. Bagi Ibubapa manjakan anak biar berpada. Jangan memanjakan anak kearah merosakkan masa hadapan mereka. sebenarnya didikan terbaik itu datangnya dari Ibubapa (hadis). Buruk Ibubapa, rosaklah anak......

1 comment: