Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Wednesday, 12 November 2008

BUKA MINDA

Assalamualaikum semua warga blogger....

Dunia ini semakin lama semakin terbalik. Kalau dulu kita membaca huruf ABC bermula kita baca dengan huruf A. Namun kini kita membaca bermula dengan pelbagai huruf. Contohnya kalau kita belajar Java Script. Bukan ker kita bermula dengan justify cimos atau ctos.

Disini kita bukan berkata tentang cara bacaan ataupun java tetapi kita bercakap keperluan pendidikan yang semakin terbalik. Dahulu murid, ibubapa dan masyarakat menghormati guru tetapi kini guru terpaksa menghormati dan parahnya murid yang mengajar cikgu.

Kita lihat sekarang ni, murid dan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi dengan masalah sosial yang tinggi, jenayah, isu derhaka dan banyak lagi. Adakah ini kesilapan guru mengajar. Ataupun didikan ibubapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. Ataupun campurtangan politik atasan menyebabkan pengajaran guru secara semulajadi tida dapat dilaksananakan dengan baik.

Isu pelajar memukul guru dan isu tayangan "drama kematian" . Kita lihat isu-isu yang melibatkan perguruan tiada jalan penyelesaian tetapi membebankan batin guru yang mana tugasnya mendidik dan mengajar....

Jadi renung-renungkan...Ajarlah anak mengikut lunas islam. Bagi Ibubapa manjakan anak biar berpada. Jangan memanjakan anak kearah merosakkan masa hadapan mereka. sebenarnya didikan terbaik itu datangnya dari Ibubapa (hadis). Buruk Ibubapa, rosaklah anak......

Tuesday, 11 November 2008

Hadis berkaitan Ibu bapa

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua IBUBAPA......"


Riwayat Al hakim

Daripada hadis ini kita semua dituntut untuk menjaga perasaan dan hati kedua ibu bapa yang telah menjaga kita dari dalam perut hingga kita berjaya. Renungkan kembali sejauh mana kita menjaga ibu dan bapa kita. Adakah kita golongan anak soleh. Ataupun kita dalam kelompok yang sebaliknya...nauzubillahi min zalik....Justeru walaupun kita sudah berjaya ingatlah ibubapa kita dan sehingga titisan darah terakhir kita doakan lah kesejahteraan kepada ibu bapa kita......wallahua'lam

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

Berikut fakta berkaitan jin dan amalan perubatan dari segi perubatan islam:
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk. * Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
jadi jangan lah jumpa bomoh yang gunakan jampi serapah. Ingat ingatilah Allah S.W.T walauapapun dugaan yang mendatang ......

3 harta yang paling berguna di dunia dan di akhirat

1. Ilmu

2. Amalan yang baik

3. Anak yang soleh